Monday, 29 December 2014

Kemana hilangnya 30kg?

2015 akan datang tidak lama lagi. Hari ini tiba-tiba terasa nak blog bagaimana saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 30kg. Ke mana hilangnya 30kg itu? Dulu selepas beranak anak yang ke4 badan memang besar macam anak gajah, bukan mak gajah! Bila lihat diri ketika itu memang terkejut, bagaimana membiarkan diri menjadi besar sebegitu.

Berjaya turun berat tanpa sebarang ubat kurus. Dulu ya macam macam cuba supplement ini dan itu, memang turun berat mungkin 5kg tetapi lepas tu naik balik 9 kg. Cepat turun cepat naik! 

Selepas beranak anak Ke4, bermula selepas pantang, menyusu anak juga membantu menurunkan berat badan. Memulakan light exercise. Tidak boleh melakukan exercise berat kerana csect. Sudah 2 tahun maintain current weight. Maintaining weight adalah lagi susah dari turunkan berat badan. No short cut. Diet dan exercise kena berjalan seiringan. Percayalaaah! Hahah😎

Tahun baru ini, akan mulakan journey baru iaitu untuk menghilangkan lagi 15kg. Sekarang masih lagi obese. Semoga berjaya untuk diri ku. 

No comments:

Post a Comment